Wajah-wajah ceria semasa program 1K1M - 2 Syawal 1432 - Perak - Kampong ku......
Latarbelakang Ahli-ahli Keluarga
Allahyarhamah Hajjah Rahmah dan Allahyarham Haji Nordin (Yeop Odin) iaitu opah dan tok saya , mempunyai 3 orang anak iaitu Hajjah Midah(emak), Hajjah Halimatun Saadiah dan Abdul Syukur.
Hajjah Midah & Haji Ibrahim(arwah abah) mempunyai 9 anak –
Allahyarham Fadziallah&Nora (anaknya Fakrulllah(own), Ina, Syafiqah dan Hakimi), Noraini&Mohsin (baru kahwin 2 bulan), Abd Majid&Rosniwati(4 anak + 3 anak), Allahyarham Mohmad Salim&Shamsiah(4 anak), Hj Khairuddin&Hjh Aniesah Saeidah Hj. Hassan(2 anak), Bokhairi&Ramna(tiada anak), Sauyah&Roslan(8 anak) , Norlia&Malek Hussin (7 anak), Amirulawal&Raihan(tiada anak)
Hajjah Halimatun Saadiah & Haji Ishak (emak saudara panggilannya ‘Yan’ dan ‘Tan) mempunyai 6 orang anak –
Fauziah&Zawali(3 anak), Fuad(2 Anak), Abdul Murad&Haniza(7 anak), Rosnah&Syukur(6 anak), Shuib&Wati (3 anak), Fadzilawati&Fauzi(3 anak)
Abdul Syukur@Ahmad Zawahir & isteri Nazimah (bapa saudara panggilan Chu dan Wan Chu) mempunyai 7 orang anak –
Shahril&Isteri(1), Norazura&suami(2 anak), Norakma, Aswad, Aiman, Syafiqah dan Suhana.
Aktiviti-Aktiviti Sebelum, Semasa Dan Selepas Program 1K1M
Seramai 56 orang ahli keluaraga yang hadir terdiri dari emak saudara dan bapa saudara, adik-beradik, sepupu-sepupu serta anak-anak saudara. Terdapat juga yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan majlis-majlis lain dirumah emak mertua masing-masing. Walau bagaimanapun sambutan amat meriah sekali walaupun program ini dirancang disaat-saat akhir.
Sanak sedara yang datang dikehendaki melapor diri dimeja pendaftaran dimana AJKnya Siti Athirah dan Ummu Umairah bagi tujuan acara cabutan bertuah, nombor-nombor pendaftaran telah diberikan kepada mereka yang mendaftar. Sebanyak 9 acara telah dirancang dan satu acara tambahan telah dijalankan iaitu acara bola bowling kelapa dewasa. Sambil-sambil acara mainan dijalankan para tetamu dijamukan dengan laksa dan cucuk udang serta kerepek-kerepek yang telah disediakan dan diketuai oleh Norlia aka La serta pembantu-pembantu yang lain anak-anak, Raihan, Kak Ana, Nyah, Ibu dan lain-lain lagi.
Persediaan didapur yang dibuat sebelum program 1K1M bermula
Saat-saat akhir persediaan untuk acara mainan
emak memerhatikan anak-anak dan cucunya membuat persiapan |
Nyah dan Nyah Mohsin(abang ipar baru) sedang menyediakan roti paratha maklumlah orang Pakistan….sedap, masak je kami semua makan maklumlah dari tengahari tak makan sibuk menyediakan apa-apa yang patut untuk program 1K1M sampai lupa nak makan |
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang -
PENUTUP - Terima kasih kepada mereka yang hadir dan juga AJK-AJK yang bertugas serta penaja-penaja hadiah dan makan minum. Sumbangan anda semua amat dihargai dan semoga Allah swt memberkati dan diharapkan dengan adanya program ini hubungan diantara adik beradik, sepupu-sepupu dan sanak saudara sekelian lebih erat.