Tuesday, February 1, 2011

Roslan Mustafa - Suami Saya, abi kepada lapan orang anak, guru kepada beratus-ratus anak murid persilatan

Inilah sedikit cerita suami ku..tidak lama lagi 23 februari ulangtahun harilahirnya yang ke berapa ye..43 tahun dan 10 Feb adalah ulangtahun perkahwinan yang ke 20 tahun....cepatnya dah 20 tahun ...anak yang sulung pun dah nak masuk 20 tahun juga, maklumlah tahun yang sama, iaitu selepas 9 bulan terus dapat anak...cepatkan, rezeki anugerah Allah....Kalau nak cerita tentang suami ni,panjang sangat cerita suka dukanya.....sambung lagi nanti ye...

Esok 3 Feb sebelum subuh kami sekeluarga akan bertolak ke kampong halamanku...dapat berjumpa dengan adik beradik saudara mara disana. Anak-anak seronok nak balik kampong, maklumlah Kak Ana(anak abang yang sulung) nak kahwin...Kami akan terus ke penang, sebelum tu singgah dirumah adik perempuanku(Norlia atau Mak Tam -panggilan oleh anak-anakku). Athirah akan memandu bersama-sama 4 orang adik-adik nya, Saya bersama suami dan 3 anak-anak yang lain....maklumlah anak ramai kena bawa dua kereta...Selamat pengantin baru Ana, Cik Oyah doakan anak kekal hingga akhir nanti...

No comments:

Post a Comment

UMI 11