Thursday, December 16, 2010

Masak Spagheti

Hari sabtu 18 Disember 2010, bercadang masak spagheti sebab si Fatin tu teringin nak masak spagheti. Jadi hari ni, cari kat internet resepinya...nanti nak try...selamat mencuba...renung-renungkanlah...
Bahan-bahan ( 6 orang )
• 500 gram spaghetti (sepeket) • 500 gram daging lembu cincang• 200 ml susu • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus • 1 ulas bawang putih – dicincang halus • 1 tin sedang tomato puri • 4-5 tomato segar ranum - didadu • 1 batang carrot – didadu kecil • 2 batang celery – didadu kecil • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional) • 1 kiub stok daging lembu (optional) • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs • Sedikit garam dan gula secukup rasa • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa) • 2 sudu besar butter • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
Cara-cara :
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
Komen-anakanak;
Masak lagi lain kali,jimat kos (kos masak hari tu lebih kurang RM40 untuk makan tengahari...ok le tu) Kalau makan kat kedai dengan anak lapan orang ni....berganda-ganda...hahahahahaahahahahaha


Tuesday, June 1, 2010

Day 3986 - Kelahiran Anak Kelapan

Hazirah, nama ini diberikan oleh Dato' Hj Fadzillah Kamsah. Lahirnya pada 7.30 ptg 6 Jun 2002. Pada masa ini suami tiada disisi sebab sibok nak menyiapkan album Dato'...sekarang dah besar....Sekarang dia darjah 2 di SK Putrajaya Presint 11(3). Malas sikit belajar, bila umi tanya 'dah siap homework'...mesti dia jawab 'hari ni takde homework'...begitulah setiap hari..'kalau takde homework ulangkaji le ...' dia buat tak reti....

Day 3363 - Kelahiran Anak Ketujuh

01.01.01 adalah tarikh Insyirah dilahirkan. Cantikkan tarikh tu...macam tulah cantiknya dia...hehe..Sekarang ni sudah darjah 4 ...Perangainya kadang-kadang degil juga, mungkin macam uminya jugak kot, kalau dah merajuk...kena kawal perasaan tu...

Monday, May 31, 2010

Day 2528 - Kelahiran Anak Keenam

Kelahiran anak keenam Fatin Farehah pada pukul 11 pagi pada 18 September 1998. Kelahirannya sehari selepas interview untuk jawatan tetap. Itulah ceritanya sikit je...cerita panjang...tunggu ....Ha ni le rupanya Fatin

Day 2077 - Kelahiran Anak Kelima

Maka tersebutlah kisah, lahirlah Nurul Safirah atau panggilan glamor sekarang ni 'Kak Adik' pada 26 Jun 1997 di sebuah hospital swasta di KL pada 7 pagi. Sekarang ni dah besar ....ha...

Day 1442 - Kelahiran Anak Keempat

Ainul Taaibah itulah nama yang diberi untuk anakku yang keempat ini. Dilahirkan tanggal 11 September 1995. Nak tau dah besar macam mana rupanya...nilah dia

Day 1116 - Kelahiran Anak Ketiga

Dilokasi sebuah hospital swasta di KL pada 22 Oktober 1994, lahirlah seorang lagi anakku yang diberi nama Ummu Umairah....ha nilah rupanya bila dah besar....

Day 481 - Kelahiran Anak Kedua

Tanggal 27 Januari 1993. Lahirlah anak yang diberi nama Muhammad Ikrimah. Inilah rupanya sekarang.....handsome ke...mata sepet sikit

Day 276 - Kelahiran Anak Pertama

Pada pukul 1.30 pagi 12 November 1991, lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Siti Athirah. Semasa kecilnya, kami suami isteri tidak sepenuhnya dapat menjaganya, kerana dia selalu diambil oleh tok dan mak saudaranya.

Day 1 - 10 Februari 1991

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi saya dan suami. Hari kami diijabkabulkan yang berlangsung di kampung .....Kg Lempor Hilir, Manong Kuala Kangsar Perak. Saya Sauyah Hj Ibrahim dan suami Roslan Mustafa telah selamat dinikahkan oleh tuan kadhi.....nanti sambung lagi cerita

UMI 11