Sunday, August 21, 2011

HARI KERAIAN PERNIKAHAN NORAINI & MOHSIN





1.0 TUJUAN

• Meraikan pernikahan Noraini & Mohsin

• Berkumpul ahli keluarga serta saudara-mara sempena Hari Lebaran

• Mengikat tali siratulrahim sesama keluarga



2.0 OBJEKTIF

• Meraikan program dengan kemeriahan terpimpin sebagai tanda mensyukuri nikmat dari Allah Yang Esa.

• Membawa kebahagian dihati ibu & bapa bila melihat ikatan ukhwah sesama anak-anak begitu erat.



3.0 MODUS OPERANDI

• Program akan diadakan pada 3 Syawal 1432H (1 September 2011)

• Bermula jam 12.00 tengahari dan dijangka berakhir pada 7.00 petang

• Lokasi adalah dirumah Hajjah Midah bt Hj Yeop Nordin. Lempur Hilir, Manong, Kuala Kangsar Perak Darul Ridzwan.

• Beberapa program / acara akan dijayakan.

• Penglibatan dari semua ahli keluarga serta saudara-mara.

• Cadangan program / acara adalah seperti berikut :



i. Kategori Kanak-kanak

a. Tiup belon sehingga pecah

b. Rebut Gula-gula Dalam Rimbunan Daun Kering



ii. Kategori Remaja

a. Acara Jalan Tempurung

b. Acara Golf Kampung



iii. Kategori Dewasa

a. Acara Masuk Benang Dalam Jarum

b. Acara Mengayam Ketupat

c. Pertandingan Masakan



Cara Penyertaan Peserta dikehendaki menyediakan masakan dirumah masing-masing dan membawa masakan yang telah siap pada hari kejadian untuk diadili.



Peserta Ibu-ibu dan bapa-bapa serta yang berminat untuk menonjolkan bakat memasak.



Jenis Masakan Bebas

Pengadil Pasangan Pengantin, Mak Hajjah Midah, Hajjah Halimahton, Wan Chu, Kak Sirah.



# Cadangan dari urusetia untuk penyertaan masakan ini adalah Wakil Keluarga emak Hajjah Midah , Yan, Wan Chu, Kak Sirah/Yong

4.0 ATURCARA PROGRAM



Masa Aktiviti

12.00 tgh – 4.00 ptg Majlis Makan Tengahari

1.30 tgh – 1.45 tgh Solat Zohor

1.45 tgh – 2.30 ptg Pengadilan Masakan Untuk Kategori Dewasa

2.30 ptg – 4.45 ptg Sesi Persembahan Multimedia

4.45 ptg – 5.15 ptg Solat Asar

5.15 ptg – 6.30 ptg Acara Sukaneka

6.30 ptg Penyampaian Hadiah Dan Sesi bergambar



5.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

Cadangan AJK adalah seperti berikut :



1. Ketua Urusetia - Sauyah Hj. Ibrahim

2. AJK Pendaftaran - Nordiana Abdul Majid & Ahmad Fitri

3. AJK Hadiah / Saguhati - Raihan & Amirulawal

4. AJK Peralatan & Permainan - Norlia & Malik Hussin

5. AJK Hiasan Dan Kebersihan - Hanisa (Kak Nisa) & Khairuddin

6. AJK Makan / Minum - Rosniwati (Kak Ros) &Abdul Majid

7. Pengacara - Roslan Mustafa & Abdul Majid

8. Jurugambar - Farabbi, Fatin Farehah

AJK Teknikal & Pengadilan - Bokhairi aka Ali & Kak Ana


AJK Kecil dan pengadil akan dilantik untuk setiap acara agar perjalanan program berjalan ancer.

AJK Kecil Pengadil

10. AJK Acara Tiup Belon Hingga Pecah (Kanak-Kanak) (6 orang)

- AJK Kecil -Norakma ,  Pengadil -Bokhairi

11. AJK Acara Rebut Gula-gula Dalam Rimbunan Daun Kering (Kanak-kanak) (6 orang)

- AJK KECIL -Norazura.   Pengadil - Raihan

12. AJK Acara Jalan Guna Tempurung (Remaja) (6 orang)

- Ajk Kecil -Fadzilawati, Pengadil -Kak Ana

13. AJK Acara Golf Kampung (Remaja) (6 orang)

- AJK Kecil -Aswad , Pengadil -Nordiana

14. AJK Acara Masuk Benang Dalam Jarum (Dewasa-Lelaki) (6 Orang)

-AJK Kecil- Athirah, Pengadil -Norsyazana

15. AJK Acara Mengayam Ketupat(Perempuan)(6 Orang)

- AJK Kecil -Umairah.  Pengadil - Noralia

16. AJK Acara Pertandingan masakan ( AJK Kecil-  Norlia , Pengadil - Pasangan Pengatin, Hajjah Midah, Hajjah Zaiton, Wan Chu, Kak Sirah



Kepada AJK yang dilantik boleh membentuk satu kumpulan kecil bagi membantu tugas-tugas yang berkaitan.



Keperluan Barang untuk permainan adalah seperti berikut :



Permainan Bahan-bahan diperlukan

Tiup belon sehingga pecah belon 6 biji

Rebut Gula-gula Dalam Rimbunan Daun Kering Gula 2 Bungkus Daun Kering

Jalan Guna Terompah Bata 12 biji

Golf Kampung Kayu Golf 2 Bola Golf 10/8/6

Masuk Benang Dalam Jarum 6 benang Jarum

Mengayam Ketupat Daun Ketupat (Banyak)

Pertandingan Masakan Peserta masing-masing sediakan masakan dari rumah






6.0 HADIAH YANG DISEDIAKAN

Hadiah disediakan oleh penyumbang-penyumbang yang sudi menyumbang. Hadiah tidak semestinya yang mahal-mahal. Semua yang menyertai akan mendapat hadiah tetapi mengikut kategori permainan. Cadangan hadiah yang akan diterima adalah hadiah pertama, kedua dan ketiga serta saguhati kepada yang menyertai acara berkaitan.

Bilangan hadiah yang perlu disediakan adalah seperti berikut :

Hadiah mengikut kategori Permainan - Pertama, Kedua, Ketiga, dan  Saguhati
Jumlah 42.









UMI 11