Monday, September 5, 2011

LAPORAN SEKITAR SAMBUTAN HARI PERHIMPUNAN KELUARGA 1KELUARGA 1MALAYSIA (1K1M)

Di sediakan oleh Sauyah Hj Ibrahim- 7 Syawal 1432H

Wajah-wajah ceria semasa program 1K1M - 2 Syawal 1432 - Perak - Kampong ku......


Latarbelakang Ahli-ahli Keluarga

Allahyarhamah Hajjah Rahmah dan Allahyarham Haji Nordin (Yeop Odin) iaitu opah dan tok saya , mempunyai 3 orang anak iaitu Hajjah Midah(emak), Hajjah Halimatun Saadiah dan Abdul Syukur.

Hajjah Midah & Haji Ibrahim(arwah abah) mempunyai 9 anak –

Allahyarham Fadziallah&Nora (anaknya Fakrulllah(own), Ina, Syafiqah dan Hakimi), Noraini&Mohsin (baru kahwin 2 bulan), Abd Majid&Rosniwati(4 anak + 3 anak), Allahyarham Mohmad Salim&Shamsiah(4 anak), Hj Khairuddin&Hjh Aniesah Saeidah Hj. Hassan(2 anak), Bokhairi&Ramna(tiada anak), Sauyah&Roslan(8 anak) , Norlia&Malek Hussin (7 anak), Amirulawal&Raihan(tiada anak)

Hajjah Halimatun Saadiah & Haji Ishak (emak saudara panggilannya ‘Yan’ dan ‘Tan) mempunyai 6 orang anak –

Fauziah&Zawali(3 anak), Fuad(2 Anak), Abdul Murad&Haniza(7 anak), Rosnah&Syukur(6 anak), Shuib&Wati (3 anak), Fadzilawati&Fauzi(3 anak)

Abdul Syukur@Ahmad Zawahir & isteri Nazimah (bapa saudara panggilan Chu dan Wan Chu) mempunyai 7 orang anak –

Shahril&Isteri(1), Norazura&suami(2 anak), Norakma, Aswad, Aiman, Syafiqah dan Suhana.


Aktiviti-Aktiviti Sebelum, Semasa Dan Selepas Program 1K1M

Seramai 56 orang ahli keluaraga yang hadir terdiri dari emak saudara dan bapa saudara, adik-beradik, sepupu-sepupu serta anak-anak saudara. Terdapat juga yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan majlis-majlis lain dirumah emak mertua masing-masing. Walau bagaimanapun sambutan amat meriah sekali walaupun program ini dirancang disaat-saat akhir.
Sanak sedara yang datang dikehendaki melapor diri dimeja pendaftaran dimana AJKnya Siti Athirah dan Ummu Umairah bagi tujuan acara cabutan bertuah, nombor-nombor pendaftaran telah diberikan kepada mereka yang mendaftar. Sebanyak 9 acara telah dirancang dan satu acara tambahan telah dijalankan iaitu acara bola bowling kelapa dewasa. Sambil-sambil acara mainan dijalankan para tetamu dijamukan dengan laksa dan cucuk udang serta kerepek-kerepek yang telah disediakan dan diketuai oleh Norlia aka La serta pembantu-pembantu yang lain anak-anak, Raihan, Kak Ana, Nyah, Ibu dan lain-lain lagi.

Persediaan didapur yang dibuat sebelum program 1K1M bermula



 Saat-saat akhir persediaan untuk acara mainan





emak memerhatikan anak-anak dan cucunya
membuat persiapan
  

 
Nyah dan Nyah Mohsin(abang ipar baru) sedang menyediakan roti paratha maklumlah orang Pakistan….sedap, masak je kami semua makan maklumlah dari tengahari tak makan sibuk menyediakan apa-apa yang patut untuk program 1K1M sampai lupa nak makan
  



Poster Acara 1K1M



Para tetamu yang hadir  Tan sekeluarga, Cu sekeluarga dan keluarga Shuib- Wati dan anak-anak)

Ruang Parking juga disediakan ....kreatif tak....
                                                                                                 


Semua tetamu mendaftarkan diri .Setelah pendaftaran selesai dijalankan 
 Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Tan (Tok Tan) 




Para peserta mendaftar untuk acara permainan yang akan dijalankan 




Aswad pengadil yang aktif- anugerah pengadil cemerlang patut diberikan, telah menjalankan tugasannnya dengan baik
Own- AJK yang bekerja keras untuk setiap acara,
boleh dilantik lagi tahun depan…Insyaallah







 Farabi – diantara jurugambar pada program 1K1M, anak sulong Yong Fauziah dan Lop Zawali.…terima kasih kerana dapat hadir.












Amir menyediakan botol-botol bagi acara bowling kelapa. Salah seorang penaja untuk makanan dan hadiah.











 menyaksikan peserta-peserta yang bertanding,




 nyah dan kak Ana,






Amir,                               Amanina dan fatin.













Kak Adik dan Umairah,


anak-anak shuib,

Para tetamu menjamu selera sambil menyaksikan acara-acara yang dipertandingkan




Yang jurugambar professional

                                                                       Lob Zawali ….dah kenyang ke Lop…


Siapa pengacara program ini.......




Acara bermula dengan :
1. Tiup belon hingga pecah (Kanak-kanak):



2. Bowling kelapa (Remaja)



3. Pecah belon dengan kaki (kanak-kanak)


4. Isi air dalam botol (Remaja)




5. Jalan Guna tempurung (remaja)


6.Rebut gula-gula dalam rimbunan daun kering (Kanak-kanak)





7. Masuk benang dalam jarum (Dewasa 40 tahun keatas – rabun dekat)


8. Menganyam ketupat (Dewasa)



9. Bowling Kelapa (Dewasa)


 
10.Pertandingan Masakan
 

Acara diselang seli dengan CABUTAN Betuah

Cabutan demi cabutan dibuat....
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang -



Pengacara bersama-sama dengan Cu dah kepenatan mengacarakan program 1K1M....tak de sorang pun nak hidangkan ayo...

PENUTUP - Terima kasih kepada mereka yang hadir dan juga AJK-AJK yang bertugas serta penaja-penaja hadiah dan makan minum. Sumbangan anda semua amat dihargai dan semoga Allah swt memberkati dan diharapkan dengan adanya program ini hubungan diantara adik beradik, sepupu-sepupu dan sanak saudara sekelian lebih erat.


UMI 11