Saturday, April 23, 2011

Suasana semasa khenduri kahwin Ana (anak saudara)

Nyah dan La

semasa minum petang sebelum kenduri,sebelah kanan Raihan isteri Amir ...





amir,abg Ali, abi dan Hussin(suami Norlia)

apa pulak yang dibisikkan oleh Kak Ana ni(isteri abng Ali)...

Emak dengan anak dan cucu-cucunya....


apa pulak Umairah tu, senyum...
berkaraoke pulak ni....
gembira nampaknya Athirah dengan Mak Lang Ros nya (isteri Yang Majid)


Thursday, February 10, 2011

Ana

Sudah selesai khenduri kahwin anak saudara Noor Diana Abdul Majid. Tinggal seorang lagi yang sebelah kanan tu, mungkin habis belajar kut (sekarang ni dok belajaq kat N.Zealand). Yang sorang tu sebelah kiri, dah kahwin tahun lepas 2010, tapi masih belum ada anak...ya la mungkin selepas tamat pengajian nanti di Jepun...tak sabar juga nak menunggu cucu saudara...hihihi....Anak sendiri bila agaknya.

Tuesday, February 1, 2011

Roslan Mustafa - Suami Saya, abi kepada lapan orang anak, guru kepada beratus-ratus anak murid persilatan

Inilah sedikit cerita suami ku..tidak lama lagi 23 februari ulangtahun harilahirnya yang ke berapa ye..43 tahun dan 10 Feb adalah ulangtahun perkahwinan yang ke 20 tahun....cepatnya dah 20 tahun ...anak yang sulung pun dah nak masuk 20 tahun juga, maklumlah tahun yang sama, iaitu selepas 9 bulan terus dapat anak...cepatkan, rezeki anugerah Allah....Kalau nak cerita tentang suami ni,panjang sangat cerita suka dukanya.....sambung lagi nanti ye...

Esok 3 Feb sebelum subuh kami sekeluarga akan bertolak ke kampong halamanku...dapat berjumpa dengan adik beradik saudara mara disana. Anak-anak seronok nak balik kampong, maklumlah Kak Ana(anak abang yang sulung) nak kahwin...Kami akan terus ke penang, sebelum tu singgah dirumah adik perempuanku(Norlia atau Mak Tam -panggilan oleh anak-anakku). Athirah akan memandu bersama-sama 4 orang adik-adik nya, Saya bersama suami dan 3 anak-anak yang lain....maklumlah anak ramai kena bawa dua kereta...Selamat pengantin baru Ana, Cik Oyah doakan anak kekal hingga akhir nanti...

Friday, January 28, 2011

Cuti...pergi Penang

Mungkin 3 Feb 2011, chinese new year, kami sekeluarga pergi Penang sebab Ana nak kahwin (anak sulong abang )...tahun lepas anak no 2 kahwin dulu, tapi masih belajar di Jepun....Seronok juga nak pergi Penang, boleh singgah ke kampong di kuala kangsar...emak ada kat kampong dan adik perempuan bersama keluarganya...kami semua akan duduk menginap di tempat yang telah ditempah oleh Kak Ros(isteri kepada abang yang nak mengahwinkan anak ni....)....

satu lelaki lapan...apa tu

Faham tak tajuk diatas....satu(anak no satu Siti Athirah Roslan yang sebelah kiri...mukanya ikut siapa ye,umi ke abi), lelaki (anak lelaki....ikrimah sorang le anak lelaki),lapan (Hazirah anak no lapan...eight is enough)

Thursday, December 16, 2010

Masak Spagheti

Hari sabtu 18 Disember 2010, bercadang masak spagheti sebab si Fatin tu teringin nak masak spagheti. Jadi hari ni, cari kat internet resepinya...nanti nak try...selamat mencuba...renung-renungkanlah...
Bahan-bahan ( 6 orang )
• 500 gram spaghetti (sepeket) • 500 gram daging lembu cincang• 200 ml susu • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus • 1 ulas bawang putih – dicincang halus • 1 tin sedang tomato puri • 4-5 tomato segar ranum - didadu • 1 batang carrot – didadu kecil • 2 batang celery – didadu kecil • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional) • 1 kiub stok daging lembu (optional) • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs • Sedikit garam dan gula secukup rasa • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa) • 2 sudu besar butter • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
Cara-cara :
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
Komen-anakanak;
Masak lagi lain kali,jimat kos (kos masak hari tu lebih kurang RM40 untuk makan tengahari...ok le tu) Kalau makan kat kedai dengan anak lapan orang ni....berganda-ganda...hahahahahaahahahahaha


Tuesday, June 1, 2010

Day 3986 - Kelahiran Anak Kelapan

Hazirah, nama ini diberikan oleh Dato' Hj Fadzillah Kamsah. Lahirnya pada 7.30 ptg 6 Jun 2002. Pada masa ini suami tiada disisi sebab sibok nak menyiapkan album Dato'...sekarang dah besar....Sekarang dia darjah 2 di SK Putrajaya Presint 11(3). Malas sikit belajar, bila umi tanya 'dah siap homework'...mesti dia jawab 'hari ni takde homework'...begitulah setiap hari..'kalau takde homework ulangkaji le ...' dia buat tak reti....

Day 3363 - Kelahiran Anak Ketujuh

01.01.01 adalah tarikh Insyirah dilahirkan. Cantikkan tarikh tu...macam tulah cantiknya dia...hehe..Sekarang ni sudah darjah 4 ...Perangainya kadang-kadang degil juga, mungkin macam uminya jugak kot, kalau dah merajuk...kena kawal perasaan tu...

UMI 11